Terma & Syarat

MEMBATALKAN TEMPAHAN/PEMBELIAN ANDA

Sebaik sahaja anda telah menyerahkan pesanan anda dan pembayaran anda telah selesai, anda tidak berhak untuk menukar atau membatalkan pesanan anda, dan anda juga tidak berhak menerima pengembalian wang. 

Jika anda ingin menukar atau membatalkan tempahan/pembelian anda, anda boleh menghubungi kami melalui email. Ini adalah seperti yang diterangkan di bawah di bahagian "penjagaan pelanggan kami". Pihak kami melalui Team Customer kami akan cuba untuk menyelesaikan permintaan anda. Walau bagaimanapun, tidak ada jaminan bahawa kami akan dapat membatalkan tempahan tersebut pada waktunya.

Jika sebarang pembayaran yang anda buat tidak selesai dalam sistem pembayaran kami, tempahan anda tidak akan diproses atau disampaikan kepada pihak yang berkaitan.

Jika pembayaran selesai dengan baik dalam sistem, kami akan mula memproses tempahan anda dan akan memberitahu anda melalui email bahawa pesanan anda telah diterima dan sedang diproses.

Jika sekirannya berlaku sebarang masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan dari pihak kami untuk proses tempahan anda, kami akan menghubungi anda untuk membincangkan alternatif jika perlu.

PERKHIDMATAN PELANGGAN

Penjagaan pelanggan amat penting kepada kami. Oleh itu, Team Customer Care kami akan cuba membantu anda sebaiknya. Jika anda mempunyai masalah dengan tempahan anda atau sebarang pertanyaan berkaitan laman web ini, anda boleh menghubungi Team Customer Care kami melalui email customercare@scoopyo.com. 

ADUAN ATAU MAKLUM BALAS

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan kualiti apa-apa produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh kami, sila hubungi kami kerana kami akan pastinya membincangkan kebimbangan anda dengan bahagian pengurusan Scoopyo.